Tuesday, April 21, 2009

Bilik Tayang

Bilik perpustakaan

Berita

Sejarah PSS

Sekolah Kebangsaan Titian Bitangor adalah sebuah sekolah kecil yang terletak di tengah- tengah Kampung Titian Bitangor, Rembau, Negeri Sembilan.Sekolah ini ditubuhkan hasil kerjasama Allahyarham YM Raja Abu Bin Raja Ali, Tn. Hj. Md. Atan Bin Ahmad, Tn. Hj. Ali Bin Taat, En Maarof Bin Daik, Tn. Hj. Salem Bin Lunas dan beberapa orang kampung lain.

Nama Sekolah Kebangsaan Titian Bitangor diambil dari sejenis pokok yang bernama pokok Bitangor. Pada masa dahulu, orang- orang kampung telah menjadikan pokok- pokok ini sebagai titian di Sungai Rembau yang merentangi perkampungan ini. Lanjutan daripada kisah tersebut, pengasas sekolah ini iaitu Allahyarham YM Raja Abu Bin Raja Ali telah bersetuju untuk menamakan sekolah ini dengan nama Sekolah Kebangsaan Titian Bitangor.

Pada tahun 2009, sekolah ini mempunyai 12 orang guru termasuk seorang Guru Besar dan seorang guru J-Qaf. Sekolah ini mempunyai 40 orang murid. Mereka berasal dari Kampung Titian Bitangor dan Kampung Titian Akar.

Visi PSS

Objektif

Program PSS

Matlamat

Template by - Abdul Munir